fasisbh1.zoom-a.com
Laman Peribadi
LOSININ BIN JOHALIN

E-mel : fasisbh1@zoom-a.com
| LAMAN UTAMA | PROFIL | GALERIKU 1 | GALERIKU 2 | GALERI FOTO | FALSAFAH DIRI | KATA HIKMAT | FAKTA MENARIK | PAUTAN | BUKU PELAWAT | KENANGAN KU | Untitled |

FAKTA MENARIK


ASAL USUL PERKATAAN SEJARAH

Perkataan 'sejarah' berasal daripada bahasa Arab, iaitu 'Syajaratun'. Dalam bahasa Arab, perkataan Syajaratun bermaksud pohon atau pokok. Selain itu, perkataan ini juga bermaksud riwayat, keturunan, dan asal usul.


ASAL USUL PERKATAAN 'PETROLEUM'

Petroleum atau 'minyak batu batan' berasal daripada dua patah perkataan Latin, iaitu 'petro' yang bermaksud batu (batu-batan) dan 'oleum' bermaksud minyak.


ASAL USUL PERKATAAN ARKEOLOGI

Perkataan arkeologi berasal daripada bahasa Yunani, iaitu "arkhaiologia" yang bermaksud pengetahuan tentang zaman silam.


ASAP KENDERAAN BERMOTOR

Asap yang dikeluarkan oleh kenderaan bermotor melalui paip eksos boleh mengandungi bahan-bahan dan gas beracun seperti zarah-zarah plumbum, karbon dioksida berlebihan, karbon monoksida, sulfur dioksida, dan benzo-x-pirena.


BAHAN TAMBAH DALAM MAKANAN

Makanan yang diproses biasanya mengandungi banyak bahan tambah. Tiga jenis bahan tambah dalam makanan ialah:
  1. bahan awet
  2. bahan perisa
  3. bahan pewarna
 
BATU BERSURAT TERENGGANU

Batu Bersurat Terengganu ditemui pada tahun 1887. Orang yang mula-mula menemui batu bersurat ini ialah Syed Hussin Ghulam Al-Bukhari. Beliau menemuinya di Kuala Berang, Hulu Terengganu.

Batu Bersurat ini bertarikh 4 Rejab 702 Hijrah, iaitu bersamaan dengan tarikh 22 Februari 1303 Masihi. Penemuan batu bersurat ini adalah sangat penting dalam sejarah di tanah air. Hal ini demikian kerana batu bersurat ini merupakan bukti bertulis terawal tentang kedatangan agama Islam di Tanah Melayu. Bukti ini menunjukkan bahawa agama Islam sudah tersebar di tanah air kita pada abad ke-14.

Batu Bersurat ini ditulis dengan tulisan Jawi dalam bahasa Melayu bercampur bahasa Sanskrit dan bahasa Arab. Kandungan catatannya pula menerangkan tentang Islam sebagai agama rasmi dan undang-undang Islam.

Batu Bersurat ini kini tersimpan di Muzium Negeri Terengganu.


BELANJA PINDAH GAJAH

Operasi memindah gajah di sesuatu kawasan rimba bukan sahaja sukar dan berbahaya, malah melibatkan kos yang sangat besar.

Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) terpaksa membelanjakan kira-kira RM35,000 setiap kali menjalankan operasi pemindahan gajah liar di seluruh negara.



Type your content here


Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: